JANGAN TUTUP PINTU SKUAD BAWAH 22
Merujuk Akhbar Metro 25 Julai 2017, Penyerang Muda JDT, Safawi Rashid berharap pintu menyertai skuad Bawah 22 Tahun negara tidak tertutup sekalipun gagal menyahut panggilan Datuk Ong Kim Swee untuk beraksi pertandingan kelayakan Piala Asia B-23 di Bangkok yang berakhir, kelmarin
Safawi 20, berkata dia sudah bersedia untuk memerah keringat bagi mengukuhkan cabaran skuad remaja negara demi memastikan pingat emas bolasepak Sukan SEA Kuala Lumpur bulan depan menjadi milik skuad negara.
"Saya sudah bersedia memerah keringat bagi mengukuhkan cabaran skuad remaja negara bagi memastikan pingat emas bola sepak Sukan SEA KL bulan depan menjadi milik negara dan berharap pintu masih terbuka untuk menyertai skuad B-22 dibawah kendalian Dato Ong Kim See" - Safawi Rashid
Malah pemain yang berasal dari Terengganu itu yakin kelabnya, JDT akan memberi lampu hijau untuk beraksi di Sukan SEA memandangkan temasya dwitahunan itu tidak bertembung dengan liga tempatan
Sementara itu, Ong Kim Swee berkata, kejayaan layak ke saingan AFC U23 itu adalah pencapaian terbaik skuad peringkat remaja biarpun ia hanya pusingan kelayakan dan ia dianggap sebagai satu kejayaan bermakna.
“Sudah tentu kejayaan ini lebih menarik selepas ini terutamanya ia memberi semangat kepada pasukan dalam menghadapi saingan Sukan SEA tak lama lagi.
“Namun saya ketepikan dahulu kejayaan ini untuk fokus kepada Sukan SEA serta perancangan hala tuju pasukan untuk kejohanan AFC pada Januari tahun depan,” katanya
Menurutnya, dia menjangkakan tekanan lebih besar namun berharap pasukan menganggap tekanan itu satu perkara yang positif.
Skuad bola sepak bawah 22 tahun negara bakal menerima hadiah istimewa, berikutan kejayaan mara ke pusingan akhir Kejuaraan Bawah 23 tahun (B-23) Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2018.
Hadiah ‘rahsia’ itu akan diumumkan Presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim. Berita itu disampaikan oleh Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, yang menyambut kepulangan pemain di di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
“Berdasarkan peruntukan yang ditetapkan oleh FAM membabitkan kelayakan ke kejohanan secara merit, kita akan memberikan insentif sebanyak RM6,000 kepada semua pemain skuad B-22 dan pegawai pasukan yang mencipta kejayaan besar.
“Namun, berita lebih gembira akan disampaikan oleh Presiden, Tunku Ismail selepas saya membawa barisan pemain berjumpa menghadap dalam masa terdekat,” katanya.
Setakat ini, apa yang pasti, pemain terbabit sudah dijanjikan ganjaran wang tunai selepas menjuarai Kumpulan H pusingan kelayakan, sekali gus mengesahkan tempat sebagai 16 pasukan terbaik Asia pada temasya yang akan berlangsung di China pada Januari depan.
Sumber : AKHBAR HARIAN METRO 25 JULAI
Post a Comment