Kerana Kesilapan Pemain Muda, Kelab EPL Ini Bakal Diharamkan Masuk Negara China
Kerana Kesilapan Pemain Muda, Kelab EPL Ini Bakal Diharamkan Masuk Negara China
Kerajaan China dalam perancangan untuk mengharamkan pasukan Liga Perdana English iaitu Chelsea dari memasuki Negara China pada masa akan datang.
Perkara ini terjadi kerana tindakan pemain muda mereka iaitu Kenedy yang memuat naik status yang menghina rakyat China melalui media instagram.
Pemain ini kemudiannya meletakkan caption, “bangunlah China, bodoh!”
Tindakan beliau sekaligus mencetuskan kemarahan rakyat china terhadap pemain tersebut sekaligus kelab Chelsea turut terkena tempias kebencian dari rakyat China.
Selepas kejadian, Kenedy memuat turun status memohon maaf melalui instagram dan menyesali perbuatan tak matang tersebut.
Kelab Chelsea turut tidak terlepas mewakili Kenedy memohon maaf kepada Negara dan seluruh rakyat China kerana perbuatan tak cerdik Kenedy yang dimuat melalui instagram.
Rujukan : SEMUANYABOLA
Post a Comment