Reaksi Dan Respon Velizar Popov Selepas Kelantan Tewas Kepada UITM Semalam
Reaksi Dan Respon Velizar Popov Selepas Kelantan
Tewas Kepada UITM Semalam
Velizar Popov bekas jurulatih Kelantan memberikan reaksi dan respon melalui akaun twitter beliau apabila salah seorang follower popov di twitter mengadu tentang betapa lemahnya pasukan kelantan hari ini selepas tewas memalukan dengan jaringan besar 5-0 kepada Kedah dan terbaru 2-0 kepada UITM FC dianggap satu keputusan sukar diterima buat penyokong TRW.
"@VelizarPopov coach, tengok lah betapa lemahnya pasukan kelantan hari ini , 5-0, 2-0, terlalu banyak 0 dan lagi. sedang dalam perjalanan ke Liga Perdana " - @shhrlshzwn salah seorang follower popov mengadu kepada popov selepas kekalahan Kelantan semalam.
Tidak lama kemudian, Velizar Popov memberi maklum balas terhadap aduan follower beliau, inilah komen beliau
"Betul-betul simpati kepada Pemain dan Penyokong tetapi anda tahu siapa masalah terbesar dalam TRW" - @VelizarPopov
Velizar mengatakan beliau amat bersimpati dengan para pemain dan penyokong TRW selepas mengharungi kekalahan demi kekalahan namun beliau juga mendakwa ada individu (tidak disebut nama) dimana individu tersebut kemungkinan penyokong sendiri sudah tahu siapa beliau, individu tersebut didakwa antara punca memberi masalah besar kepada pasukan menyebabkan prestasi pasukan merosot.
Sumber : Twitter Popov
Sumber : Twitter Popov
Post a Comment