Inilah Luahkan Kekecewaan Zahasmi Mengenai Aksi Pemain Tidak Melawan Seolah-olah Biarkan UITM Menang
PENGENDALI Kelantan, Zahasmi Ismail kecewa dengan sikap anak buahnya selepas mereka kecundang 0-2 kepada UiTM FC pada aksi Kumpulan C kempen Piala Malaysia di Stadium UiTM, kelmarin.
Jurulatih berusia 50 tahun itu berkata, pemainnya tidak menunjukkan semangat melawan kerana mereka seperti tidak mahu memenangi perlawanan.
“Pemain tidak menunjukkan reaksi melawan dan seakan membiarkan sahaja UiTM menang malam ini (kelmarin).
"Malah beberapa peluang terbuka di hadapan pintu gol juga disia-siakan begitu sahaja.
"Kesimpulannya, saya amat kecewa dengan prestasi pemain," ujar Zahasmi.
Mengulas lanjut, Zahasmi berkata, kesilapan di babak pertama aksi mengakibatkan mereka 'dibunuh' lebih awal lawan.
"Awal-awal lagi pemain hilang fokus dan bila kena satu gol, saya fikir pemain boleh bangkit.
"Tapi persembahan mereka semakin hambar dan lalai setiap tindakan," katanya.
Dalam pertembungan itu, gawang Kelantan dirobek dua kali penyerang The Lion Troops, Akanni Sunday pada minit kelima dan m-45.
Sementara itu, Zahasmi tetap optimis yang peluang masih terbuka buat skuadThe Red Warriors.
Katanya, kekalahan kelmarin diharap dapat dijadikan iktibar buat pemainnya menjelang aksi menentang Melaka United, Rabu ini, sekali gus mengutip tiga mata bagi menghidupkan peluang ke suku akhir.
Sumber : SINAR HARIAN
Post a Comment