Berita Baik, Pengerusi Secretleaf Tawar Diri Terajui Kelantan FA!
Pengerusi Kumpulan Secretleaf International Sdn.Bhd Amir Ramadzan Ibrahim, 45, sedia menawarkan diri untuk menerajui kepimpinan KAFA bagi penggal 2017-2021.
Amir Ramadzan Ibrahim berkata, beliau berbuat demikian atas semangat cinta dan sayangkan bola sepak Kelantan yang cukup sebati dengan dirinya.
"Bola sepak Kelantan bukanlah asing kerana sebelum ini Secretleaf pernah menjadi penaja pasukan Kelantan bagi musim 2015, Jadi saya berharap ahli gabungan dapat memberikan mandat bersama-sama melonjakkan semula maruah TRW yang agak tenggelam ketika ini", katanya.
Amir Ramadzam memberitahu sekiranya diberikan mandat, beliau akan menyediakan pelan jangka panjang untuk memajukan semula pasukan TRW.
"Saya akan menggunakan segala pengalaman dalam dunia perniagaan untuk diterjemahkan bagi mendapatkan lagi banyak dana bagi menggerakan The Red Warriors", katanya.
Sementara itu, SU KAFA, Datuk Ismail Md Noor membuat tawaran terbuka kepada mana-mana individu yang mahu memimpin badan induk itu pada Kongres Agung Tahunan kali ke 63 pertengahan September depan.
"Jadi, saya merayu kepada para penyokong dan peminat serta seluruh rakyat Kelantan yang sayangkan TRW, tampil menawarkan diri untuk mengambil alih barisan kepimpinan baharu KAFA nanti. "Perkara ini selaras dengan peraturan yang telah terkandung dalam perlembagaan KAFA", ujarnya
Sumber : Akhbar Kosmo Bahagian Sukan, 15hb Ogos 2017
Post a Comment