"Kalau Jantan" - Sultan Johor Cabar KJ Dan Skuad Sukan Sea Lawan Polo Di Johor
Gambar : JOHOR SOUTHERN TIGERS
SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mencabar Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan pasukan Sukan SEA yang diwakilinya bertanding polo bersama pasukan negeri itu.
Menurut Sultan Ibrahim, pasukan yang bertanding untuk sukan polo di Temasya Sukan Sea 2017 ini ibarat hanya untuk mencukupkan syarat pertandingan sahaja dan datang dengan handicap rendah serta mudah dikalahkan.
"Saya cabar pasukan polo Sukan SEA supaya datang ke negeri Johor dan tunjukkan taring mereka yang saya dengar handal sangat.
"Saya menjemput Menteri Belia dan Sukan untuk datang dan tidak menghampakan kehendak rakyat untuk melihat pasukan anda mengalahkan pasukan Johor.
"Kalau jantan, mari kita main dan tunjukkan taring masing-masing di Johor," kata beliau dipetik Facebook Johor Southern Tigers.
Sultan Ibrahim bertitah, baginda mungkin akan turut serta dalam pasukan Johor selain menghantar dua anakandanya serta dua orang penjaga kuda.
"Saya akan hantar dua anakanda saya dan dua orang penjaga kuda ataupun saya sekali kerana saya melihat diri saya masih handal lagi.
"Kalau pasukan saya kalah, saya akan akui bahawa pasukan Sukan SEA itu lagi baik dan semuanya handal-handal belaka," titah baginda.
Kongsi Sultan Ibrahim, baginda pernah menyertai pertandingan di serata dunia termasuk Piala Dunia ketika baginda menjadi Tunku Mahkota.
"Polo di Johor sudah bermula sejak tahun 1884, bukannya semalam baru beranak.
"Kalau hendak dibandingkan dengan Sukan SEA, ia bukan tandingannya. Jikalau anda mahukan perlawanan yang lebih serius, datang ke negeri Johor," titah baginda lagi.
Khairy mewakili Malaysia dalam acara ekuestrian polo Sukan SEA 2017.
Sumber : SINAR HARIAN
Kenapa Tuanku perlu cabar KJ ? Rakyat tidak nafi bahawa pasukan Tuanku sememangnya handal dan terkenal di dunia dan sudah tentu sukar di cabar. Apa yang Kj lakukan adalah untuk negara...satu2 nya Menteri Belia dan Sukan yang mewakili Malaysia. Sepatutnya Tuanku turut bebangga dengan kejayaan pasukan Malaysia.
ReplyDeleteAmpun Tuanku.