Header Ads

Khalid Sulaiman Tegur Cara Berfikir “Tunku Mahkota Juventus” Dan Mempertahankan KJ


Padu.. Khalid Sulaiman Tegur Cara Berfikir “Tunku Mahkota Juventus” (TMJ) | Semalam 18/08/2017, satu posting facebook daripada anak muda bernama Khalid Sulaiman yang menegur cara TMJ berfikir memandangkan beliau sekarang adalah Presiden FAM dan kebanyakkan kutukan yang diterima beliau adalah bersandarkan jawatan tersebut bukan melalui status anak raja atau pemilik JDT. Jom baca posting beliau..
“Tak boleh hadam betul saya dengan cara berfikir Tunku Mahkota Juventus ni. Peminat bolasepak kritik Tunku atas kapasiti Presiden FAM bukan nya sebagai anak raja. Dan yang kritik Tunku tu rakyat biasa jer pun.
"Benda tu pun Tunku juga yang mulakan dulu. Hari itu Tunku kritik KJ tak datang stadium ketika Final FA CUP. Hari ni netizen kritik dia tak hadir game Sukan Sea. NETIZEN. Bukan KJ. KJ tak keluarkan kenyataan apa pun yang berkenaan dengan Tunku.
"Barangkali mungkin Tunku sentap dan stress. Terus buat kenyataan melalui lidah rasmi dia. Sekali lagi serang KJ. Kata KJ datang ke stadium sukan sea semata nak meraih populariti pulak. Putar lagi masuk bab skandal 100juta dalam KBS. Putar lagi kata KBS tak bantu daripada segi dana bantuan pada FAM.
"Langsung tak matang. Datang stadium salah. Tak datang stadium salah. Apa yang Tunku Mahkota Juventus mahukan sebenarnya daripada KJ?
"Lepas tu Tunku merungut bangsa melayu mencemuh raja-raja melayu. Sekali lagi diingatkan, Tunku dicemuh atas kapasiti Presiden FAM bukan atas kapasiti anak raja. Kalau itu pun dikira menghina. Mungkin Tunku lupa bagaimana bangsa Tunku menghina Tengku Mahkota Palermo dengan membuat kain rentang gambar Kepala Anjing.
"Dulu Tunku juga kata sukan bolasepak sepatutnya tidak boleh bercampur dengan politik. Tapi hari ini Tunku juga yang kaitkan hal skandal politik pemimpin dengan bolasepak dan Tunku juga berkata Undi parti politik KJ sebelum ini adalah undi dan sokongan besar daripada rakyat Tunku.
"Apa yang pergi jauh-jauh sangat ni Tunku? Politik lain medan nya, sukan lain kandang nya.
"Tunku harus faham, Tunku ada pengikut sendiri dan KJ pun ada penyokong sendiri. Penyokong masing-masing ni pun tak menggunakan otak dengan sepenuhnya. Jadi banyak buruk daripada baiknya.
"Rasanya Tunku baik berdiam sahaja macam KJ. KJ pun bukan semua rakyat suka dia. Tapi dia tak layan pun. Dia buat kerja dia sahaja. Elok Tunku pun begitu juga. Tak payah layan netizen kat bawah-bawah ni. Diorang ni pun bukan betul sangat. Baik buat kerja masing-masing. Kalau ada perkara tak puas hati berbincang dalam bilik. Tak perlu nak tabur dalam media. Yang bawah-bawah ni pun tak ada lah bertekak sesama sendiri.
"Saya bukan apa Tunku. Saya cuma mahukan sedikit keamanan dalam laman sosial FACEBOOK. Dah lah dengan Kisah Rumah Tangga nya lagi. Hal parti politik lagi. Itu belum campur isu anak Dato Vida tak bagi lelaki lain rapat dengan dia. Isu Hafiz Hamidun gaduh dengan bini dia, dulu dia lah hero gadis-gadis. Tetapi sekarang gaduh laki bini pun nak cerita dengan masyarakat. Ni baru tadi timbul pulak isu budak Kajang dengan geng dia berak bersepah kat jepun. Nasib baik isu Aliff Aziz dah selesai. Saya lemas dan kadang-kala murung dengan hal-hal sebegini. Tiada langsung sekelumit kedamaian dan keamanan bila saya buka FACEBOOK.
"Tak boleh ke kita menghayati sisa hidup ini dengan aman?
"Sebelum jadi Profesional, elok lah jadi Rasional dahulu.
"Saya doakan Tunku selamat menjalani percutian dengan keluarga yang disayangi. Tapi apa-apa pun saya disebelah KJ. Sebab kami penyokong Machester United Power, dan saya baru dapat tahu Tunku pun penyokong Manchester United Power, sebuah kelab bolasepak yang bapak power. Tak manis kalau penyokong liverpool dan chelsea tengok penyokong Manchester United Power macamni.”
Apa pula pandangan anda??…
Sumber : BANYAKINFO

3 comments:

  1. gua respect sama lu Mr Khalid. Bernas & berisi. Tgok Sultan Tganu. Diam2 dpt gold medal. Tu....ada berani bersaing?

    ReplyDelete
    Replies
    1. BETULLL !! SULTAN MIZAN ADALAH CONTOH TERBAIK SULTAN ZAMAN NUSANTARA SKRG DAN TMJ PATUT JADIKAN SULTAN MIZAN SEBAGAI TAULADAN DAN BERUSAHA MEMBANGKIT SEMANGAT KESUKANAN MELAYU ... TURUN PADANG SENDIRI BETAH BERENCAK DENGAN RENTAK MELAYU SERUMPUN MARI LAH TMJ BANGKITKAN MELAYU JANGAN HANYA TAHU BAGI DUIT JE

      Delete