Header Ads

Respon Zahasmi Kecewa Dengan Pemain Dan Hanya Puji Semangat 3 Pemain Sanggup Berkorban!


KETUA Jurulatih Kelantan, Zahasmi Ismail mengakui pemainnya masih melakukan kesilapan berulang menyebabkan pasukannya itu sekali lagi tewas dalam aksi Piala Malaysia menentang Melaka United di Stadium Sultan Muhammad IV malam tadi.

Zahasmi berkata, kesilapan itu mungkin disebabkan faktor keletihan berikutan terpaksa mengharungi jadual liga yang padat pada musim ini.

"Pemain mengulang skrip sama seperti perlawanan sebelum ini, mereka lalai dengan memberikan gol awal secara mudah kepada lawan," katanya kepada pemberita sebaik  perlawanan selesai malam tadi.

Dalam saingan itu Kelantan tewas 2-3 kepada Melaka United hasil jaringan Mohd Khairul Izuan Rosli pada minit ke-51 dan Mamadou M Danso minit ke-86, manakala gol pelawat dijaringkan Jeon Woo Young pada minit  ke-4 dan 30, Marko Simic pada minit ke-33.

Beliau berkata, Kelantan tidak mampu menggilirkan pemainnya berikutan mengalami kecederaan dalam mengharungi jadual liga yang padat.

Katanya beliau turut menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa faktor umur pemain senior seperti Indra Putra Mahayuddin, Nor Farhan Muhammad dan Norhafiz Zamani Misbah menjadi penyumbang kepada kekalahan The Red Warriors.

"Pemain-pemain seperti inilah yang sanggup berkorban dan menjadi tulang belakang kepada pemain muda kami," katanya. - Bernama

Sumber : SINAR HARIAN
Gambar : TRWFC / Stadium Astro

No comments