Reaksi Popov & Mckain Selepas Bibi Mahu Setel Hutang Lama Jika Jadi Presiden KAFA
Reaksi Popov & Mckain Selepas Bibi Mahu Setel
Hutang Lama Jika Jadi Presiden KAFA
Merujuk undian dan suara para penyokong Kelantan, rata-rata penyokong Kelantan memilih Bibi dan juga Dato Nasir. Namun, keputusan pemilihan presiden KAFA akan ditentukan pada 17 September ini, Mengenai peraturan undian pemilihan presiden KAFA admin akan ulas lebih lanjut nanti.
Baru-baru ini calon presiden KAFA iaitu Bibi Ramjani mengatakan akan memastikan kewangan KAFA akan lebih stabil pada musim hadapan dan juga beliau akan memastikan semua hutang akan diselesaikan jika beliau ambil alih sebagai presiden KAFA.
Manifesto Bibi Ramjani turut menarik perhatian bekas jurulatih dan pemain Kelantan iaitu Velizar Popov dan Mckain memberi respon melalui twitter rasmi beliau.
"Sangat menarik, tetapi boleh ke kita percaya selepas begitu banyak pembohongan. Harap ada perubahan positif. GKG" - Popov
"Bagus untuk melihat seseorang yang mahu mengambil tanggungjawab dan selesaikan masalah yang telah timbul sekian lama. Harap akan berlaku tak lama lagi." - Mckain
Post a Comment