Semalam berlangsung majlis memperkenalkan Piala baru Liga Super di Hotel Thistle, Johor Bahru, Johor.
Piala berdiameter 252 milimeter (mm) di bahagian tapak dengan tinggi 633 mm dan seberat 20 kilogram itu mengambil masa lapan bulan untuk disiapkan menggunakan tukang emas diraja.
Ketua Pegawai Eksekutif Perkongsian Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP), Kevin Ramalingam berkata piala bernilai hampir RM200,000 itu dibuat menggunakan tembaga, perak dan emas tulen 24K.
Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan piala baru itu diperkenal bukan berniat untuk merendah-rendahkan sesiapa tapi katanya sudah tiba masa piala kejohanan bola sepak negara di naik taraf.
"Kalau boleh selepas ini kami akan tukar Piala FA tetapi Piala Malaysia tidak akan diubah kerana nilai sejarahnya," kata Tunku pada sidang media selepas majlis memperkenalkan Trofi Liga Super.
Sejurus tamat sidang media berkenaan Tunku Ismail sempat berseloroh mengatakan bahawa tapak tangannya akan gatal jika memegang piala murah sambil memuji Piala baru Liga Super terbabit.
"Saya punya tangan tak boleh pegang piala murah, tangan saya mcam kena gatal-gatal"
Tambah Tunku piala tersebut adalah untuk semua pasukan di negara ini yang bertanding dalam liga super.
"Benda ini (piala) untuk semua pasukan. You want, you win the league, you get it"
Tunku turut mengucapkan "I see you tomorrow'" sambil memegang piala berkenaan. Sumber : KiniTV
Post a Comment