Header Ads

Mehmet Durakovic Mendedahkan Punca Kekalahan Kepada Kelantan!



“KITA buat silap dan dihukum!”

Itu antara reaksi ketua jurulatih Perak, Mehmet Durakovic bagi mengulas kekalahan 2-3 anak didiknya kepada Kelantan dalam aksi  Liga Super  di di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bahru, semalam.

Menurutnya, kesemua pemain dilihat telah beraksi dengan baik di sepanjang perlawanan dan berjaya mendahului lawan pada suatu ketika.

Bagaimanapun, katanya beberapa kesilapan mudah menyaksikan Kelantan berjaya menyamakan kedudukan dan seterusnya menambah satu lagi jaringan demi memastikan kemenangan.

“Bolos tiga gol di tempat lawan, bukanlah sesuatu yang baik, kerana kita sudah pun mendahului, bukan satu tetapi dua gol.

“Lima minit terakhir kita terlalu memberikan lawan terlalu banyak masa dengan bola dan akhirnya mereka menghukum’ kita.

“Kita beraksi tanpa tekanan, kita ada game plan, tetapi disebabkan kesilapan mudah, kita akhirnya dihukum,” katanya sejurus tamat perlawanan.

Dalam pada itu, Durakovic berharap kesebelasan pemain dapat melupakan kekalahan berkenaan dan menumpukan perhatian terhadap perlawanan yang bakal diharungi selepas ini.

“Sekembalinya kita ke Ipoh, kita akan laksanakan rawatan pemulihan dan seterusnya bersedia mengharungi aksi seterusnya,” katanya lagi.

Sumber : SINAR HARIAN




No comments