Walaupun dikecam, Buku Fattah Amin dinobat sebagai Buku paling popular
KUALA LUMPUR: Kritikan pedih yang diterima menerusi penghasilan buku, 99 Kata-Kata #QalifModen, tidak melunturkan semangat Fattah Amin untuk terus berkarya.
Biarpun terpaksa menelan pelbagai kecaman, Fattah kini mampu tersenyum apabila penulisan pertamanya itu diangkat sebagai Buku Paling Popular sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017.
FATTAH Amin melancarkan novel Wanita Terakhir sempena pesta Buku di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). - Foto Zunnur AL Shafiq
"Kritikan akan sentiasa ada tetapi itu bukan alasan untuk saya dan pengurusan, Fastyle Asia, berdiam diri. Kami sentiasa mencari idea segar dan berbeza hingga tercetus idea untuk menghasilkan pula novel," katanya.
Tampil dengan novel Wanita Terakhir yang diangkat daripada single terbaharunya, Fattah berkata, penghasilan karya itu membuktikan beliau bukan bercakap kosong dan melakukan sesuatu tanpa hala tuju.
Menafikan penghasilan novel tulisan Ezza Mysara itu 'menjual' perjalanan kisah percintaannya dengan pengacara dan pelakon jelita, Neelofa, Fattah berkata, ia diilhamkan daripada lagu ciptaan Aizat Amdan serta Mel Ramlan.
"Jalan cerita novel ini hanya rekaan semata-mata dan tiada kaitan dengan perjalanan hidup saya. Jika diamati, lirik lagu Wanita Terakhir berkisar mengenai lelaki yang berjuang mendapatkan cintanya, biarpun terpaksa berdepan pelbagai dugaan.
"Dari situ, kami menterjemahkan perjalanan cerita itu dalam bentuk novel. Saya hanya memberikan idea, tetapi apa yang dipaparkan bukan pengalaman peribadi," katanya.
Fattah ditemui pada majlis pelancaran novel itu yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017, di sini, petang tadi.
Pelakon yang popular menerusi Suri Hati Mr Pilot itu turut merancang untuk mengangkat novel itu dalam bentuk drama yang akan dibintanginya sendiri.
Fattah bagaimanapun masih belum memilih pengarah dan pelakon wanita, yang akan bergandingan dengannya. Bakal muncul dengan drama terbaharu, Hero Seorang Cinderella, bergandingan dengan Fazura pada akhir bulan depan, Fattah berharap sokongan yang diterimanya pada Anugerah MeleTOP Era (AME) 2017, akan berlanjutan pada kemuncak Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 3.0.
"Saya terharu apabila peminat yang datang dari Kedah dan Johor sanggup berkampung di ibu kota untuk memastikan saya mendapat tempat pada ABPBH 3.0 nanti.
"Peminat adalah sumber kekuatan saya dan jika ditakdirkan menang, penghargaan itu harus saya berikan kepada mereka," katanya.
Untuk ABPBH 3.0, yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Fattah tersenarai dalam calon awal kategori utama, Pelakon TV Lelaki Popular, selain dua kategori online iaitu Gandingan Serasi Drama (Suri Hati Mr Pilot) dan Artis Sensasi.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/277351

Post a Comment