Header Ads

Jawapan Velizar Popov Apabila Penyokong TRW Mohon Kembali Bersama Kelantan


Jawapan Velizar Popov Apabila Penyokong TRW
Mohon Kembali Bersama Kelantan

Velizar Popov jelas seorang jurulatih yang sudah memenangi hati para penyokong Kelantan. Namun sayangnya beliau sah akan berpisah dengan Kelantan setelah kontrak beliau tamat musim lalu. sekarang beliau mengendalikan Kelab dari Negara Thailand iaitu Sisaket FC.

Velizar Popov meluahkan perasaan di twitter mengatakan beliau senang (seronok) dengan orang malaysia dan itu salah satu perkara beliau rindui di Thailand.

Lalu, salah seorang penyokong TRW pemilik akaun bernama @AMZASH58 komen di twitter rasmi Velizar popov mengatakan "Haha. Jadi, Kembali bersama Kelantan, Penyokong merindui anda coach" 

Velizar popov membalas balik mengatakan beliau tidak menolak dan berharap suatu hari nanti kemungkinan apabila KAFA sudah berubah dan beliau merindui Kelantan. 

"Mudah-mudahan satu hari nanti itupun apabila KAFA sudah berubah, Saya merindui Kelantan dan The Red Warriors juga. Gomo Kelate Gomo." - Velizar Popov

Gambar : Twitter Velizar Popov.

No comments