Header Ads

Respon Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia, B.Sathianathan Mengenai Hukuman Berat Dollah Salleh

Gambar: Zam Zainal/Asiana
Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (FCAM) menyatakan kesediaan untuk membantu Dollah Salleh yang digantung FAM.
Jurulatih Pahang itu digantung FAM selama 18 bulan akibat mengeluarkan kenyataan mengenai mutu pengadilan selepas perlawanan diantara FELDA United menentang Pahang.
Bagi FCAM, mereka bersedia untuk membantu Dollah mendapatkan hukuman yang lebih ringan dari pihak FAM.
Presidennya iaitu B. Sathianathan mengatakan hukuman yang dikenakan terhadap Dollah adalah terlalu berat untuk ditanggung.
“Hukuman yang dikenakan kepada Dollah terlalu berat sebenarnya.”
“Beliau telah menjadi pemain kebangsaan dan baktinya kepada negara cukup banyak. Untuk tutup periuk nasinya sebegitu rupa adalah tidak wajar.”
“Beliau lakukan kesilapan, dan hukum saja dengan amaran keras. Selepas itu biarkan saja beliau fokus dengan tugasnya.”
Walaupun begitu, Sathianathan tetap mahukan Dollah melakukan rayuan kepada FAM menerusi saluran yang betul.
“Dollah mesti merayu kepada FAM agar hukumannya dikurangkan.”
“Kita kena ingat, beliau adalah jurulatih bukannya pakar psikologi.”
Bagaimana hukuman Dollah Salleh dijalankan?
Hukuman yang dikenakan terhadap Dollah Salleh dijalankan dengan 2 fasa hukuman:
  • Fasa pertama adalah pada 21 Julai 2017 hingga 20 April 2018
  • Fasa kedua adalah pada 21 April 2018 hingga 20 Januari 2019
  • Jumlah hukuman 18 bulan boleh dikurangkan menjadi 12 bulan sahaja jika Dollah berkelakuan baik sepanjang tempoh itu
  • Andai Dollah melakukan kesalahan berulang dalam tempoh itu, maka baki hukuman akan disambung secara automatik
  • Dollah turut didenda RM30 ribu

Sumber :
  1. ESPN FC (2017): Pahang boss Dollah Salleh gets help to fight 18-month Malaysia ban; http://www.espnfcasia.com/blog/football-asia/153/post/3163834/pahang-boss-dollah-salleh-gets-help-to-fight-18-month-malaysia-ban
Sumber Penuh :

  1. SemuanyaBola, DOLLAH SALLEH DAPAT 'TALIAN HAYAT', PEROLEH BANTUAN UNTUK KURANGKAN HUKUMAN FAM 24 Julai 2017, Nazreen Izahar

No comments