Header Ads

Komen Bekas Pengerusi Tatatertib FAM Mengenai Artikel 88 Dan Hukuman Dollah Salleh


KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu menerima apa saja kritikan yang dilontarkan terhadap mereka selagi tidak melanggar batasan yang diperuntukkan dalam undang-undang badan induk itu.
Bekas Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Kamarudin Abdullah menjelaskan badan induk itu sememangnya tidak boleh menutup 'mulut pengkritik' terutama yang terbabit dalam Liga Malaysia (Liga M).
Bagaimanapun, Kamarudin berkata, kritikan mestilah tidak melampaui batas termasuk mengelak daripada melakukan tuduhan tidak berasas terhadap badan induk itu.
"Saya fikir semua pihak berhak melontarkan kritikan mereka, malah Artikel 88 juga tidak boleh menyekat kebebasan bersuara.
"Kritikan sememangnya akan membantu FAM memperbaiki kelemahan mereka terutama mutu pengadil Liga M yang hangat diperkatakan sekarang ini.
"Kritikan bagaimanapun berbeza dengan tuduhan. Jadi, jika tuduhan tidak berasas yang boleh menjatuhkan reputasi mereka, FAM memang berhak ambil tindakan," katanya kepada BH Sukan.
Jurulatih Pahang, Dollah Salleh yang dikenakan penggantungan 18 bulan dan denda
RM30,000 selepas kenyataannya 
terhadap mutu pengadilan Liga M sebelum ini didakwa boleh menjatuhkan reputasi FAM.
Kamarudin berkata demikian sebagai mengulas isu penggantungan 18 bulan dan denda RM30,000 dikenakan ke atas jurulatih Pahang, Dollah Salleh selepas kenyataannya terhadap mutu pengadilan Liga M sebelum ini didakwa boleh menjatuhkan reputasi FAM.
Dollah didakwa melanggar Artikel 61 Kod Tatatertib FAM yang dibaca bersama dengan Artikel 88 Statut FAM akibat tindakannya yang membuat kenyataan atau komen di media berhubung isu yang membabitkan FAM tanpa kebenaran.
Selain itu, Kamarudin menjelaskan semua pihak bukan sahaja jurulatih perlu memahami dengan jelas undang-undang di bawah FAM khususnya Artikel 88 yang menjanjikan hukuman berat kepada pesalah.
"Sebelum ini Artikel 88 memang ketat, jika kritik sikit pun sudah kena hukum. Tapi sekarang ia sudah dilonggarkan sedikit. Namun mungkin masih ada yang tidak faham atau tidak baca pun mengenai statut FAM dengan jelas," katanya.
Sumber : Berita Harian

No comments