Header Ads

Jurukamera Menceritakan Meremang Melihat Lautan Merah Myanmar Di Stadium Selayang!



Waktu saya dan jurukamera S.Pulendran menyusuri laluan sesak untuk memasuki Stadium Majlis Perbandaran Selayang pada Isnin tersentak betapa meriahnya suasana di sekeliling venue ini.

Pertemuan aksi pembuka tirai kumpulan A - Myanmar menentang Singapura pada jam 4 petang pada hari bekerja riuh dengan pelbagai telatah dan lebih menakjubkan apabila lautan merah menyambut mata saat melangkah masuk ke dalam stadium.

Bukan saudara kita daripada seberang tambak yang turun memberikan sokongan kepada skuad singa muda sebaliknya pemain ke-12 Myanmar memenuhi setiap ruang di gelanggang ini.

Ketua Jurulatih Bawah 22 tahun Myanmar Gerd Zeise tidak terkejut dengan sokongan padu apabila diajukan persoalan kehadiran utuh warga Myanmar di Selayang, Zeise dengan bersahaja menegaskan mereka ada di mana sahaja ketika skuad bola sepak beraksi.

Ternyata warga Myanmar yang mengerah keringat mencari rezeki di tanah air kita tidak melepaskan peluang untuk memacu misi Mynamar dalam perebutan Ibu segala emas.

Meremang setiap deria apabila lagu kebangsaan Myanmar "Kaba Ma Kyei" atau tafsiran bahasa inggerisnya "Till The End Of The World" berkumandang di Selayang.

Sesuatu seperti ini, https://www.youtube.com/watch?v=gj_IF2b5Q0s

Ternyata aksi ditampilkan Myanmar persis dengan semangat di sebalik lagu kebangsaan mereka itu,mengawal kubu dengan rapi,menyerang benteng lawan penuh agresif, berjuang ibarat sehingga penghujung waktu di dunia.

Myanmar,naib juara edisi Singapura 2015 melaungkan amaran awal kredibiliti mereka sebagai Juara dalam pembikinan, Malaysia perlu berwaspada.


Sumber :  STADIUM ASTRO

No comments