Header Ads

Juara Bertahan Thailand Dakwa Pemain Malaysia Yang Beraksi Sukan Sea Bukanlah Yang Terbaik

WORRAWOOT SRIMAKA (belakang, empat dari kiri) dan Watanya Wongopasi

WORRAWOOT SRIMAKA (belakang, empat dari kiri) dan Watanya Wongopasi (depan, dua dari kiri) bersama pasukan Thailand ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam untuk menyertai KL2017. BERNAMA

SEPANG– Juara bertahan, Thailand mula melancarkan ‘serangan psikologi’ apabila mendakwa barisan pemain Malaysia yang akan beraksi dalam acara bola sepak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) bukanlah yang terbaik.

Ketua jurulatihnya, Worrawoot Srimaka berkata, walaupun mempunyai kelebihan selaku tuan rumah, Malaysia mungkin tidak dapat mengulangi persembahan cemerlang skuad bawah 22 tahunnya yang layak secara automatik ke pusingan akhir Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) baru-baru ini.

Malaysia melakar kejutan apabila muncul juara kumpulan H pada aksi kelayakan Piala AFC yang berlangsung di Bangkok itu.

Worrawoot bagaimanapun enggan memandang rendah keupayaan skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee itu apabila menyifatkan Malaysia juga mempunyai peluang yang sama rata dengan pasukan lain pada edisi kali ini.

“Setiap pasukan (termasuk Malaysia) adalah pencabar kami dan sasaran kami hanyalah untuk mempertahankan emas yang dimenangi sebelum ini,” katanya menerusi penterjemah yang juga pengurus pasukan, Watanya Wongopasi.

Di sebalik keyakinan tinggi Worrawoot untuk mengekalkan ibu segala pingat itu, beliau sebenarnya berharap tempoh latihan singkat anak-anak buahnya tidak akan menjejaskan persiapan mereka.

Ujar Worrawoot yang juga bekas pemain Kelantan pada musim 2005/2006, pemain-pemain Thailand hanya mempunyai tempoh kurang daripada dua minggu untuk mengadakan sesi latihan bersama.

Sumber :© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments