Header Ads

KAFA MERAYU SESIAPA MAHU UNTUK AMBIL ALIH BOLASEPAK KELANTAN


PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (Kafa) membuka tawaran kepada mana-mana individu untuk menerajui badan induk bola sepak negeri itu bagi penggal 2017-2021.

Setiausaha Agung Kafa, Datuk Ismail Md Noor berkata, individu yang berkelayakan dialu-alukan mengetuai kepimpinan baharu persatuan itu, sekali gus diharapkan mampu memulihkan maruah bola sepak Kelantan dalam tempoh empat tahun akan datang.

"Tempoh penggal lantikan Jawatankuasa Eksekutif ini sepatutnya berakhir pada tahun depan, namun KAFA memilih untuk mengadakan pemilihan lebih awal Presiden dan EXCO baharu bagi menggantikan penyandang sedia ada.
"Pemilihan ini bertujuan memberi peluang kepada muka baharu untuk membuat persiapan dan perancangan awal pasukan musim depan agar lebih sistematik, " katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Mengulas lanjut tindakan KAFA mengadakan kongres tahunan itu lebih awal, Ismail mengakui faktor pemilihan Presiden dan EXCO baharu diharap mampu memikul tanggungjawab yang kian mencabar
“Saya merayu kepada penyokong, peminat, ahli kelab dan seluruh rakyat Kelantan yang sayang bola sepak negeri ini agar tampil menawarkan diri untuk mengambil alih jawatan dalam barisan kepimpinan baharu itu nanti,”

"Kelab gabungan juga diminta bersedia mencalonkan nama yang difikirkan layak dan berkemampuan mengembalikan zaman kegemilangan bola sepak negeri ini, " katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Kongres Agung Tahunan Kali ke-63 Kafa dijangka diadakan pada pertengahan bulan depan dengan tumpuan kini terarah kepada jawatan presiden yang dikosongkan Tan Sri Annuar Musa, sejak akhir tahun lalu.

Annuar melepaskan jawatan tersebut, 8 November tahun lalu, dan kekosongan tersebut dipangku timbalannya, Datuk Seri Afandi Hamzah sehingga sekarang.

No comments