Tanpa import, JDT tetap cemerlang - Morais
Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Ulisses Morais menyifatkan kemenangan 5-0 ke atas Terengganu dalam aksi Kumpulan D Piala Malaysia membuktikan, Harimau Selatan tidak menyandarkan harapan kepada mana-mana individu untuk melakar kemenangan penting.
Aksi berdepan Terengganu menyaksikan Morais mempertaruhkan kesebelasan pemain tempatan dengan meletakkan Ahmad Hazwan Bakri sebagai penyerang utama dalam perlawanan tersebut.
Berjaya meraih kemenangan besar ke atas Terengganu semalam sekaligus mengesahkan slot suk akhir buat JDT dalam saingan Piala Malaysia, musim ini.
“Kami adalah pasukan yang boleh meletakkan kepercayaan kepada mana-mana pemain dalam skuad kami seramai 29 orang. Sesiapa sahaja yang diturunkan, mereka mampu menjalankan tugas dan tetap bermain untuk menang,” kata Morais.
Dalam pada itu, pengendali Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim mengakui terpaksa merehatkan beberapa tonggak utama.
Tumpuan Irfan kini terarah kepada aksi berdepan Kuantan FA dalam aksi Liga Perdana, Jumaat ini.
"Kami tidak menurunkan tonggak utama pasukan kerana tumpuan utama Terengganu adalah pada saingan berdepan Terengganu, jumaat ini," kata Irfan.
Sumber :STADIUM ASTRO
Post a Comment