Header Ads

Muhammad Nasir Tawar Diri Presiden KAFA


NAIB Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Datuk Muhammad Nasir Hamzah mengumumkan akan bertanding jawatan presiden pada kongres pemilihan kali ke-63 persatuan itu, 17 September ini.

Muhammad Nasir berkata, tawaran untuk menerajui badan induk tersebut bagi penggal 2017-2021 dibuat susulan kerusi nombor satu itu kosong selepas penyandang, Tan Sri Annuar Musa meletak jawatan, November tahun lalu.

“Berbekalkan pengalaman selama lima hingga enam tahun dalam pentadbiran Kafa, saya rasa mampu untuk menjadi pemacu kepadapersatuan ini ke arah lebih baik,” katanya kepada pemberita di Kota Bharu, hari ini.

Muhammad Nasir menjadi individu kedua selepas Pengerusi Kumpulan Secretleaf International Sdn Bhd, Amir Ramadzan Ibrahim menyatakan kesediaannya bertanding jawatan presiden Kafa pada kongres kali ke-63 persatuan itu, bulan lalu.

Sumber : SINAR HARIAN

No comments