Header Ads

PRA PEMILIHAN KEPIMPINAN KAFA 2017/21, 1 LAWAN 1?

Foto Zuraimi Zukri.
PRA PEMILIHAN KEPIMPINAN KAFA 2017/21
Ibarat seperti sungai yang kelihatan tenang di permukaan tetapi mengalir deras di dasar itulah perkembangan pergerakan proses AGM kafa bagi penggal 2017/21.

Selepas kenyataan beberapa Presiden persatuan jajahan semalam, hari ini bakal berlaku mesyuarat penetapan bagi satu calon untuk masuk bertanding. Kenyataan akhbar bakal dikeluarkan.
Mungkin esok akan dicetak dan boleh dibaca.
Pertandingan 1 lawan 1 bakal berlaku. Dijangka 2 calon dan kumpulannya bakal menjadi pilihan kepada PBj. Hanya 52 undi dari PBj boleh menentukan siapa lebih layak mengemudi perjalanan bola sepak Kelantan pada penggal seterusnya. Bergantung kepada apa yang ditawarkan oleh calon masing-masing.
Hari ini calon A bakal membuat kenyataan akhbar, calon B lagi bakal bermesyuarat menentukan barisannya.
3 hari sebelum AGM yang akan berlaku pada 17 September, Calon A akan menyusul dengan kenyataan ke-2 dengan tambahan info berkaitan barisan kepimpinannya.
Pairing barisan calon A boleh diketahui selewat-lewatnya esok. Walaupun calon posisi tertinggi dari kumpulan B agak kurang jelas.
Tan Sri Annuar Musa masih belum menetapkan pendirian yang jelas tetapi diramalkan tiada dalam pertandingan kali ini. Dato Shaari pemilik kepada Chengaljati dijangka mungkin menjadi calon yang diketengahkan oleh bekas presiden Kafa itu untuk kumpulan B. Tetapi tidak boleh dipastikan secara rasmi.
Untuk 1 lagi calon tidak perlu diulas kerana pada bila-bila masa bakal mengumumkan pendirian.
Amir Secretleaf mungkin diserapkan dalam salah satu kumpulan untuk menghasilkan pertandingan 1 lawan 1.
Untuk memberi penghormatan kepada media cetak, selepas sahaja pengumuman dilakukan beberapa temuramah berkaitan manisfesto atau kerangka pelan untuk calon A bakal ditulis dalam platform alam maya yang mempunyai capaian 10 juta bacaan/sebulan.
Watch out.
Sumber Kredit : Zuraimi Zukri

No comments