Header Ads

KAFA Lancar Jersi Khas TRW Edisi Piala Super Boost SportsFix!


PASIR PUTEH: Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) akan melancarkan jersi khas The Red Warriors (TRW) hujung bulan ini sempena Piala Super Boost SportsFix.
Presidennya, Bibi Ramjani Ilias Khan berkata, jersi yang dikeluarkan dengan kerjasama BMW itu mungkin akan dilancarkan 29 Disember nanti.
"Kita akan menghadkan kepada 10,000 helai sahaja kerana kekangan masa dan ia akan dijual dengan harga RM89.
"Jersi khas ini istimewa kepada kita kerana kita diberi penghormatan mewakili negara dalam kejohanan tiga penjuru itu di Stadium Bukit Jalil Januari nanti," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Kelab Peminat Red Warriors Negeri Kelantan (KRWC) di Sweet Beach Resort, Tok Bali dekat sini, petang Jumaat yang turut dihadiri Pengerusi KRWC, Syed Abdullah Syed Mahmood dan beberapa pemain TRW. - Sinar Online
Sumber : SINAR HARIAN / MSTAR

2 comments: