Header Ads

Marcus Antonio Mengalami Kecederaan Teruk, Karier Bersama JDT Sudah Tamat?



Gambar : PHOTO COURTESY OF HARISS HARUN

Marcus Antonio Mengalami Kecederaan Teruk,
Karier Bersama JDT Sudah Tamat?

Merujuk Berita Harian sebelum ni, Jurulatih JDT mengulas kecederaan yang dialami Marcos Antonio yang terpaksa dikeluarkan dan pada ketika itu pengendali mengatakan belum pasti tahap kecederaan yang dialami tonggak benteng skuad Harimau Selatan itu.

Namun, berita viralkan mengatakan mengenai pemain penting JDT, Marcus mengalami kecederaan paling ditakuti oleh semua pemain termasuk la pemain Manchester United, Zlatan Ibrahimovic iaitu kecederaan ACL.


Kecederaan ACL dialami oleh Marcos Antonio boleh menyebabkan pemain itu akan berehat dalam waktu lama sekaligus pemain itu akan terlepas baki saingan pada musim ini dan tidak mustahil pemain ini akan menerima nasib yang sama seperti Zlatan Ibrahimovic dimana kelab tidak akan menawarkan kontrak penyambungan atau lebih teruk disingkirkan dan tidak bersama pasukan JDT pada musim hadapan.

Adakah sudah tiba masa penyokong JDT mengucapkan Selamat Tinggal buat Marcus Antonio? Apa-apa pun kita nantikan pengumuman secara rasmi dari Johor Southern Tigers mengenai Marcus Antonio



No comments