Header Ads

Nidzam vs Tan Cheng Hoe Siapa Jurulatih Kedah Lebih Baik? Inilah Perbezaan Dua Jurulatih Tersebut!


Nidzam vs Tan Cheng Hoe Siapa Jurulatih Kedah Lebih Baik? Inilah Perbezaan Dua Jurulatih Tersebut!

Sebelum ini, Kedah berjaya membalas dengan dengan membelasah Kelantan 5-0 dan sekali lagi malam semalam kita dapat saksikan aksi cemerlang pasukan Kedah kenduri gol dengan menewaskan Melaka United dengan jaringan 6-2.

Merujuk Northern Red Eagle Kedah, page tersebut membuat analisa untuk membuat perbezaan antara kedua-dua coach iaitu Nidzam dan Tan Cheng Hoe.

Kedah FA telah mengharungi 29 perlawanan dalam pertandingan Piala FA, Liga Super dan Piala Malaysia ketika ini. Northern Red Eagle Kedah memberi penekanan tentang segi serangan dan juga bertahan pasukan Kedah untuk menentukan jurulatih yang mana mempunyai taktikal paling power.

Foto Northern Red Eagle Kedah.
Grafik Gambar Statistik Kredit : Northern Red Eagle Kedah

Ketika Kedah dibawah kendalian Nidzam, Boleh dikatakan pasukan Kedah lebih ghairah untuk memburu gol sehingga berjaya mencetak sebanyak 42 gol dalam 14 perlawanan manakala ketika dibawah kendalian Tan Cheng Hoe, pasukan Kedah hanya mampu mencetak sebanyak 30 gol dalam 15 perlawanan. Kita dapat lihat perbezaan 12 gol ketika dibawah Coach NA dan Coach Tan sekaligus secara kesimpulan taktikal serangan Coach Nidzam lebih berkesan dan berbisa berbanding Coach Tan.

Dari segi bilangan bolos pula, kita boleh lihat bilangan bolos ketika bawah kendalian kedua-dua jurulatih agak seimbang dengan hanya perbezaan TCH lebih satu gol sahaja. 

Bagi admin Northern Red Eagle Kedah pula Kedah dari segi bertahan lebih baik dibawah NA kerana pemain pertahanan utama di bawah NA dan TCH banyak terlepas perlawanan tetapi NA berdepan tugas sukar iaitu jadual padat dan NA berjaya harungi dan terjemahkan ia kepada keputusan yang agak baik. 

Kesimpulan, taktikal Nidzam dari segi serangan dan bertahan lebih menarik untuk dipertontonkan jika dibandingkan dengan tan cheng hoe saat ini.

Sumber Kredit : Northern Red Eagle Kedah / FlashScore Malay Version

No comments