Header Ads

Sah, Marcos Antonia Terlepas Baki Perlawanan Musim Ini


Merujuk artikel terkini facebook Johor Southern Tigers, Marcos Antonio disahkan menghadapi kecederaan ACL dan akan menjalani pembedahan untuk memulihkan kecederaan ACL di lutut kirinya selepas mengalami kecederaan pada malam perlawanan Liga Super menentang Perak tempohari.

Marcos akan menjalani pembedahannya di Portugal dan akan terlepas baki perlawanan pada musim ini dan akan menjalani proses pemulihan. Satu tempoh masa untuk kembali ke aktiviti bola sepak akan diketahui pada satu masa akan datang.

Marcos mempunyai watak yang luar biasa dan benar-benar profesional di dalam dan di luar padang. Kami di JDT mengharapkan pemulihan yang pantas kepada salah seorang pemain paling berjaya dan digemari dalam sejarah kelab ini.

KAMI MENGUCAPKAN MARCOS ANTONIO SELAMAT MENJALANI PEMBEDAHAN DAN SEGERA SEMBUH

No comments