Jawapan TMJ Mengenai 'Status Kontrak Ong Kim Swee' Dan 'Perlawanan Di Bulan Puasa?'
TMJ tidak menutup pintu FAM untuk memperbaharui kontrak Ong bakal tamat menjelang bulan Disember
Mungkin ada sinar mengenai lanjutan kontrak Datuk Ong Kim Swee dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Presiden, HRH Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberi petunjuk besar bahawa Ong Kim Swee dengan FAM mungkin belum selesai lagi
"Sekiranya kontraknya sudah tamat dan dia berjaya melakukan tugas dengan baik, kita akan memperbaharui kontraknya. Buat masa ini saya suka apa yang dilakukan Ong, Sudah tentu kami mempunyai KPI untuk Sukan SEA kita pastinya tidak mahu tersingkir awal tetapi saya tidak akan tergesa-gesa hukum pasukan terlalu awal, Kontrak bukan isu sekarang." - TMJ
Mengenai enggan melepaskan pemain kepada skuad kebangsaan
“Saya jujur mengakui ada pasukan termasuk pasukan saya yang tidak dapat melepaskan pemain (ketika Kelayakan Kejohanan Bawah 23 AFC, bulan lalu) tetapi saya ada alasan kuat mengenainya.
Mengenai Jadual Liga tidak tersusun dan bakal meneruskan liga di bulan Ramadhan?
“Kita kena kaji balik jadual liga kita yang terlalu banyak cuti. Kita satu-satunya negara di dunia yang menghentikan liga kerana pertandingan belia (Sukan SEA). Di negara-negara Arab dalam Ramadan pun mereka masih teruskan liga.
“Kadang-kadang pintu perpindahan kita pun tidak selari dengan liga Eropah atau Amerika Selatan (jadi) bila nak tukar pemain yang berkualiti pun tiada banyak pilihan yang tinggal di sana. Kita tidak mahu perkara sebegini berulang pada masa depan,” katanya.
Post a Comment