Header Ads

Reaksi Presiden Indonesia, Jokowi Mengenai Isu Bendera Indonesia Terbalik


KUALA LUMPUR: Presiden Indonesia, Joko 'Jokowi' Widodo meminta rakyatnya tidak memperbesarkan isu bendera republik itu yang dicetak terbalik dalam buku cenderamata upacara pembukaan Sukan SEA ke-29 (KL2017).
Walaupun kecewa dengan insiden berkenaan kerana menyentuh semangat nasionalisme Indonesia, beliau tidak mahu rakyatnya berterusan memperbesarkan isu berkenaan.
"Tidak usah dibesar-besarkanlah," katanya seperti dipetik portal detiknews.com, hari ini.
Jokowi dilaporkan menunggu permohonan maaf rasmi daripada kerajaan Malaysia berhubung insiden bendera Sang Saka Merah Putih silap dicetak.
"Kita menunggu permintaan maaf daripada pemerintah Malaysia kerana ia membabitkan kebanggaan, nasionalisme dari bangsa kita Indonesia. Kita tunggu permintaan maaf rasmi," katanya.
Sumber : BERITA HARIAN 

No comments