Header Ads

8 Ringkasan Sidang Akhbar Secretleaf Mengenai Mahu Menyertai KAFA, Nombor 3 Paling Setuju

Ringkasan Sidang Akhbar Secretleaf Mengenai Mahu Menyertai KAFA

8 Perkara yang diringkaskan sendiri oleh Boss Secretleaf ketika sidang akhbar yang berlangsung semalam.

"Ringkasan sidang akhbar semalam.

1. Saya telah menyatakan sekali kesediaan untuk menyertai Kafa.
2. Saya telah menjelaskan bahawa Kafa adalah persatuan yang bertanggungjawab membangunkan bola sepak Kelantan dan sesiapa yang menyertainya adalah mengambil tanggungjawab sosial.

3. Saya tidak mengalu alukan sesiapa sahaja menyertai Kafa dengan tujuan mengutamakan kepentingan sendiri samada perniagaan dan sebagainya.
4. Saya menjelaskan bahawa TRW hanyalah sebahagian dari soal Kafa dan Kafa juga mempunyai tanggunhjawab lain iaitu pembangunan bola sepak termasuk di peringkat akar umbi.
5. Saya juga menanti pengumuman dari pimpinan Kafa sedia ada untuk terus mengambil tanggungjawab pada masa akan datang atau tidak.
6. Saya juga menyebut secara peribadi kecenderungan saya untuk memilih Dato Nasir berdasarkan pengalaman dan masa yang beliau boleh peruntukkan untuk Kafa.
7. Saya juga mencadangkan antara perkara yang patut diusahakan selain masalah yg dihadapi sekarang, adalah mempunyai padang latihan sendiri yang kemudian boleh dikembangkan lagi fungsinya.
8. Saya juga menyebut bahawa tawaran menyertai ini adalah tanpa syarat dan jika saya menyertai kepimpinan Kafa, saya mengharapkan sokongan daripada semua.
Terima kasih."

Amir Ramadzan Ibrahim, Boss Secretleaf

No comments