Header Ads

[VIDEO HIGHLIGHT] : SELANGOR FA 2-1 JOHOR DT FC (Gol Cantik Natxo & Andik)



[VIDEO HIGHLIGHT] : SELANGOR FA 2-1 JOHOR DT FC (Gol Cantik Natxo & Andik)

Tewas 2-1 kepada Selangor di Stadium MP Selayang malam ini, Johor Darul Ta'zim (JDT) tetap ceria apabila berjaya merangkul kejuaraan Liga Super buat kali keempat berturut-turut.

Ketika Selangor ghairah mengatur serangan, Ignacio Insa menceriakan penyokong pelawat pada minit ke-39 dengan gol pembukaan apabila rembatan derasnya dari luar kotak penalti menuju tepat ke gawang Selangor sebelah kanan.

minit ke-59, Amri tidak mempersiakan peluang kedua untuk menyamakan kedudukan selepas menerima bola hantaran ke dalam daripada Muhammad Syahmi Safari.
Keputusan P Maniam memasukkan Andik Vermansah menggantikan Saiful Ridzuwan Selamat membuahkan hasil, apabila tonggak import dari Indonesia itu meledak gol kedua buat Selangor pada minit ke-78 untuk beri tiga mata buat Selangor.
Sumber : BERITA HARIAN 

No comments