[VIDEO] : Yamil Romero Menjaringkan "BackHeel" Depan Pintu Gol
[VIDEO] : Yamil Romero Menjaringkan "BackHeel"
Depan Pintu Gol
Pahang menewaskan Kedah, 2-1 dalam saingan Liga Super di di Stadium Darul Makmur malam tadi, untuk sekali gus menghidupkan peluang merampas tempat kedua.
Babak kedua, usaha keras tuan rumah dalam memburu jaringan akhirnya direalisasikan hasil sentuhan pemain import, Yamil Romero buat menewaskan Farhan pada minit ke-64.
Pada minit ke-77, penyerang muda Helang Merah, Shafiq Ahmad menyamakan kedudukan 1-1 selepas menewaskan penjaga gol Pahang, Helmi Eliza Elias.
Selang tiga minit, penyerang utama skuad Tok Gajah, Matheus Alves kembali meletakkan Pahang di hadapan selepas menjaringkan gol kedua dan memastikan tiga mata menjadi milik tuan rumah sebaik wisel penamat dibunyikan.
Sumber Penuh : BERITA HARIAN
Kredit Video : Media KFA
Post a Comment