Header Ads

Jawapan Secrectleaf 'Mengapa Beliau Lebih Bersedia Dibawah Nasir Sebagai Presiden'



"Saya amat menghargai permintaan supaya saya bertanding Presiden dan ramai sangat yang bertanya kenapa saya bersedia lebih bawah jika Datuk Nasir sbg Presiden.

1. Seperti yang saya sebut sebelum ni, yang lebih penting adalah apa yang lebih baik untul Kafa sebagai organisasi bolasepak, bukan soal saya menjadi Presiden atau tidak.

2. Sebab kenapa saya boleh menerima Datuk Nasir sebagai Presiden kerana dari yang menawarkan diri setakat ini, hanya beliau yang mempunyai lebih pengalaman dalam Kafa.

3. Proses perubahan memerlukan kesinambungan antara yang lama dan yang baru.

4. Sesiapa pun yang menawarkan diri harus menyedari bahawa tanggungjawab ini adalah selama 4 tahun, bukan setakat menyelesaikan masalah untuk musim 2018 tetapi 4 musim yang akan datang.

5. Setiap yang menawarkan diri harus menerima kepentingan organisasi lebih utama walaupun ianya adalah tanggungjawab sukarela yg percuma.

6. Walaupun saya menpunyai perancangan dari benda yg mungkin dianggap kecil dan mempunyai sasaran tertentu dalam tempoh 4 tahun, ini bukanlah masa yang sesuai untuk membentangkannya.

7. Saya berharap, sesiapapun yg dicalonkan dan memenangi jawatan, tidak meletakkan jawatan yg dimenangi selepas musim 2018.

8. Kalaupun saya tidak berjaya kali ini, kalau umur panjang, ada lagi di masa hadapan jika diperlukan.

Kepada yang menang, ucapan awal saya, berkerjasamalah untuk kebanggaan rakyat Kelantan.

Kena tambah biar jelas, bertolak ansur bukan bermakna tak nak. Harap difahami."

No comments