Header Ads

Respon Tan Sri Annuar Musa Mengenai Khabar Angin Amutu Mahu Kembali Bersama Kelantan

Related image
Respon Tan Sri Annuar Musa Mengenai Khabar Angin Amutu Mahu Kembali Bersama Kelantan


Selepas semalam Marcelo Houseman iaitu ejen amutu membuat statement melalui facebook bahawa beliau percaya amutu mahu kembali bersama Kelantan dan menyebut Annuar Musa antara individu mungkin mampu merealisasikan perpindahan tersebut.

Statement ejen amutu tersebut turut mendapat maklum balas sendiri daripada Tan Sri Annuar Musa.

Ini kata TSAM :

"Ya benar,Amutu antara pemain yg bersedia timbang utk kembali ke TRW..
Ada beberapa pemain hebat yg tetap mahu ke Kelantan

"TAPI BIARLAH SEGALANYA DI PUTUS DAN DI URUS SAF EXCO YG BAKAL DI PILIH..beri mereka kebebasan penuh..Itu tujuan saya beri laluan..itu tujuan KONGRES di awalkan setahun..

"Sudah hampir setahun saya tinggalkan jawatan PRESIDEN..dan buka laluan seluas luasnya kpd orang lain urus kafa..Tapi sedih melihat TIADA YG MAHU MENAJA,team makin merosot,hutang bertambah,pengurusan pasukan tidak lagi spt dulu...

"Sebab itu saya bersetuju PEMILIHAN DI SEGERAKAN DAN DI AWALKAN AGAR TINDAKAN SEGERA DPT DI BUAT.

"Kita nak tengok keadaan menjadi baik spt mana sesetengah menulis di akaun fb n WA masing masing..

"Ada beberapa "bakal penjawat"yg menulis bermacam macam..ada tulisan kelihatan "populis"dan "main angin"....tapi percayalah anda bakal berdepan realiti yg hanya anda ketahui bila anda melaluinya..

"Barang siapa menganggap tugas ini mudah,mereka bakal bertemu situasi sebenar.Saya telah menyaksikan ramai yg berdegar degar dan "tang tum tang tum"dlm akaun fb dan media tapi akhirnya BAYAR PUN TIDAK..tinggallah yg memimpin terkapai kapai nak cari wang berjuta..

"Soal cari wang utk bola,tersangatlah sukar...KALAU PENJAWAT TIDAK SANGGUP MEMPASTIKAN UTK PRESIDEN MENGIKHTIARKAN 5j..timbalan 2j..Naib naib 1j seorang...dan exco sekurang kurangnya 1/2j seorang...nasihat ikhlas saya TAK PERLULAH BEREBUT JAWATAN..

"Itu dari pengelaman..Bolasepak profesional sekarang YG MEMIKUL NAMA NEGERI TANPA TAJAAN NEGERI HANYA KELANTAN!!...dan ia amat sukar..

"SELAMAT BERBAKTI KPD SEMUA BAKAL SAF EXCO BARU..semoga berjaya...
"Football is Fun...and Cruel at the sametime"...😂

No comments