Header Ads

Secretleaf Sokong Datuk Nasir Sebagai Presiden KAFA, Inilah Sebabnya

Secretleaf Sokong Datuk Nasir Sebagai Presiden KAFA, Inilah Sebabnya

Amir Ramadzan Ibrahim melalui status facebook rasminya mengatakan beliau memilih untuk memberi sokongan kepada Datuk Nasir sebagai Presiden KAFA seterusnya.

"Saya adalah yang terawal menyatakan sokongan kepada Datuk Nasir sebagai Presiden.

"Perlu difahami, dalam situasi sebelum ini, amat sedikit yang boleh dilakukan walaupun mempunyai kedudukan dan ianya diketahui oleh semua orang.

"Dalam situasi baru, banyak perubahan yang boleh dilakukan apabila menjadi Presiden.

"Sokongan saya sebelum ini bukanlah melulu. Saya telah melihat komitmen beliau sebelum ini dan sikap tidak kedekut dengan pasukan ketika perlawanan dan keperluan semasa.



"Saya juga melihat kemampuannya untuk berunding dengan pelbagai pihak samada FAM, kerajaan pusat dan kerajaan negeri dan juga penaja.



"Selain itu, beliau mempunyai masa yang mengcukupi dengan perniagaan sedia ada beliau sudah cukup besar.

"Beliau juga telah menyatakan komitmen dengan saya untuk melaksanakan perubahan2 besar di dalam Kafa seperti yang dibincangkan dengan saya.

"Justeru, saya tidak ragu ragu untuk memberikan sokongan kepada beliau dan peluang untuk membuktikan kemampuannya sebagai Presiden.

"Dan saya akan sentiasa memberikan sokongan samaada saya menang atau kalah."

No comments