Header Ads

Selepas Senarai Calon Presiden KAFA Diumunkan, Secretleaf Beri Respon Ayat Mendalam

Image result for Amir Ramadzan
Gambar : METRO

Selepas Senarai Calon Presiden KAFA Diumunkan, Secretleaf beri Respon Ayat Mendalam

Pada mulanya Secretleaf menyatakan mahu menerajui kepimpinan KAFA tanpa syarat sebelum ini dan namun Amir Ramadzan owner Secretleaf mengatakan beliau mahu bermula dari bawah dahulu dan memilih Dato Nasir sebagai presiden KAFA kerana beliau merasakan calon tersebut lebih berpengalaman.

Terkini selepas senarai calon presiden KAFA diumunkan, secara kebetulan owner Secretleaf memberi respon kata-kata mendalam melalui facebook rasmi beliau bercerita tentang 'Rumah Sewa', Namun rata-rata penyokong percaya bahawa cerita tersebut mengaitkan mengenai senarai calon Presiden KAFA dan KAFA.

Inilah respon Ceo Secretleaf, Amir Ramadzan :

"Secara logiknya, kenapa bersusah payah nak menyewa rumah yang elektrik kena potong, air pun tunggakan, penyewa asal pun nak duduk lagi walaupun dalam gelap gelita.

"Adakah ada apa2 yang tidak diketahui ramai ramai wujud di dalam rumah tu yang mungkin sahaja tuan punya rumah pun tak tahu?

"Cerita rumah sewa ni. Jangan banyak tafsiran."


Cerita rumah sewa II. Sambungan.
"Rumah tu bunyi kabar nak bui sewa ko orang lain. Jadi, ambo pun royat la ambo nak sewa. Dah lama dok tawar ko orang lain pakat senyap jah.

"Jak bunyi ambo nak sewa tu, nyo bunyi pulak warih penyewa lo ni nak sewa lagi. Warih hok dok sekali dale rumah tu pun nak sewa juga lagi.

"Jadi ambo royat ko tuan rumah, nak bui sewa ko sapo pun bui lah.

"Klu nak bui ko warih hok nyewa lo ni pun takpo mugo tengok ko keter jujuk depan rumah sewa tu besar besar belako.

"Cuma ambo nak royat, biar la ambo ni kecik jah.

"Kalau nak sambung elektrik ko, air ko, x payah tunggu seminggu, esok boleh gi doh ko TNB dan AKSB. Biar duduk dale ceroh gak, doh demo duduk situ doh".

"Maknanya kalu nak wat make seminggu lagi gak, ore gi make dale ceroh, buke dale gelap.

"Citer rumah sewa takde kaitan dengan rumah sendiri."

Lontarkan pendapat anda

1 comment:

  1. Sebab bergelap tak mampu bayar bil maka Hok berkemampuan minta tolong bayar . Sebab rumah sewa ni penamanya ramai drp ic 03... set ic 03 kn pakat gatang la sikit sore..

    ReplyDelete