Header Ads

[VIDEO] : "Selesai hutang, boleh kongsi pandangan," nasihat TMJ pada Bibi

Video : KiniTV

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim sempat memberi ulasan terhadap pemilihan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) pada Ahad lalu. Tunku Ismail yang juga pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) berkata nasihatnya kepada presiden baru KAFA, Bibi Ramjani adalah supaya perlahan-lahan menyelesaikan segala hutang ( tunggakkan gaji pemain) kerana kita perlu menjaga kebajikan para pemain. "Nasihat saya, perlahan-lahan cuba selesaikan hutang ( tunggakkan gaji pemain) , kerana kita perlu menjaga kebajikan pemain kita, muastahak" "Selepas itu, kita lihat apa yang boleh ditingkatkan lagi, saya akan kongsi pandangan saya, kerana banyak ruang untuk kita perbaiki, bukan hanya untuk KAFA tetapi semua pasukan". Tunku Ismail berkata begitu ketika sidang media selepas majlis memperkenalkan Piala baru Liga Super di Hotel Thistle, Johor Bahru, Johor.

Sumber : KiniTV

No comments