Header Ads

Inilah 5 Pemain Muda Bakal Dibawa ke JDT Dan TMJ Berjanji Akan Mendidik Mereka


TMJ Senaraikan Lima Pemain Tempatan Yang Bakal Dibawa ke JDT|PEMILIK JDT, Tunku Mahkota Johor telah mendedahkan senarai lima pemain tempatan yang menjadi bakal dibawa ke Johor Darul Ta’azim (JDT) bagi musim baru Liga Super 2018. 

Menurut laporan eksklusif FourFourTwo Malaysia, TMJ berkata: “Kami mahu membawa masuk banyak pemain muda. Setakat ini, kami mahu menandatangani Adib Zainuddin… mungkin Syamer Kutty, S. Kumaahran, Adam Nor Azlin dan juga Syafiq Ahmad.

“Mungkin saya tidak akan membawa mereka ke sini dengan segera. Saya telah memberitahu mereka bahawa mereka tidak akan bermain dalam 30 perlawanan musim depan. 


“Tapi, pemain senior kita tidak akan berada di JDT selamanya dan pemain muda ini adalah masa depan kita.

"Sudah tentu mereka akan diberi peluang. Orang kata saya merosakkan para pemain tapi saya berjanji kita akan mendidik dan menjadikan mereka pemain yang lebih bagus.
“Cuba lihat Marco Asensio di Real Madrid. Dia dipinjamkan ke kelab lain beberapa kali dan hari ini, dia sudah menjadi pemain yang cukup penting untuk Madrid. 


"Pemain baru kita akan diberi pilihan untuk dipinjamkan ke kelab lain juga,” tambah TMJ.

Sumber : myinfosukan

2 comments: