Header Ads

TMJ Tidak Rasa Sakit Hati Dengan Chant Ultras Tapi Mahu Jumpa Topi Merah



Gambar : JDT tv

TMJ Tidak Rasa Sakit Hati Dengan Chant Ultras Tapi Mahu Jumpa Topi Merah

Dalam perlawanan semalam menentang pasukan Hong Kong , Ultras Malaya telah menunjukkan ketidakpuasan hati mereka dengan menyanyikan lagu 'FAM Bangsat' bergema di Stadium Hong Kong.
Nyanyian Ultras tersebut turut menarik perhatian TMJ dan mendengar chant tersebut namun baginda tidak ambil hati.
“Macam semalam, Ultras Malaya mula menyanyikan lagu FAM bangsat. It’s ok, no problem!
“Saya pun nyanyi benda tu juga dulu. Tiada masalah, tak ada ambil hati punya.”
“Semua orang mahukan kejayaan, semua orang mahukan kemenangan. Dan kita akan cuba mendapatkan keputusan yang baik. Cuma buat masa ini, kita tak mampu memberikan anda keputusan yang baik.”
“Tiada masalah untuk kecewa. Tak ada rasa sakit hati. Kita semua profesional. Jadi, apabila orang nyanyi FAM Bangsat, kadangkala saya ikut juga.”
Namun di akhir sesi, TMJ bercadang untuk berjumpa dengan budak topi merah Ultras Malaya.
“Yang budak topi merah tu, aku nak jumpa dia. Aku nak jumpa dia, budak topi merah tu.”
“Ni guarantee, tak dapat duit tambang pergi Hong Kong, tu yang dia bangsatkan FAM. Cuba dapat duit tambang, tengok dia bangsatkan ke tak?”
“Kalau handal sangat, kita patut berjumpa. Kita boleh bercakaplah. Kita manusia bukannya binatang, nak makan antara satu sama lain.”
“Nasihat saya kepada diorang, teruskanlah nyanyi lagi tu, tiada masalah!”
Sambil berseloroh baginda berkata:
“Apabila anjing menyalak bukit, bukit takkan runtuh!”

Sumber : SEMUANYABOLA, TMJ Tak Makan Hati Dengan Chant FAM Bangsat, Tetapi Nak Jumpa ‘Topi Merah’ (Oleh Axello Tacts October 12, 2017 )

No comments