Header Ads

Bibi dah Tawar Kontrak Baru Tapi Ubi Muda TRW Dipancing Kontrak Mewah dari Pasukan Lain

Image result for nik akif
“Kita tidak mampu untuk membayar pemain yang melibatkan kos tinggi” kata Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Bibi Ramjani Ilias Khan bila ditanya mengenai masa depan ‘ubi muda’ dalam pasukan The Red Warriors (TRW).
Kata-kata tersebut seolah-olah memberi lampu hijau buat ‘ubi muda’ dalam TRW untuk meninggalkan pasukan itu jika mendapat tawaran gaji lebih tinggi daripada pasukan lain yang beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.
Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar

Menjana 5 Angka Sebulan Di Shoppe Bukan lagi Menjadi RAHSIA
Siapa nak ebook Panduan Part Time Shopee?
tekan je link ini : https://goo.gl/4P5CiL
Seperti sedia maklum KAFA sememangnya menghadapi krisis kewangan yang agak kritikal dan disebabkan itu agak mustahil untuk mereka membayar gaji yang tinggi kepada pemain-pemainnya.
“Kita tidak mampu untuk membayar pemain yang melibatkan kos tinggi. KAFA akan membimbing pemain dengan kemampuan yang ada dan hanya pemain yang sanggup kekal bersama kami walaupun pasukan hanya beraksi pada saingan Liga Premier musim hadapan,” kata Bibi kepada Bernama.
Mengulas lanjut, Bibi mendedahkan terdapat beberapa pemain muda dalam kesebelasan utama TRW musim ini telah dirisik oleh beberapa kelab.
“Ada pemain yang ditawarkan kontrak yang tinggi dari pasukan lain, jadi terpulang kepada pemain itu sendiri untuk kekal bersama Kelantan atau memilih haluan masing-masing.
“Untuk menawarkan kontrak kepada pemain kita perlu mengikut kemampuan kerana musim depan kita hanya akan bermain di Liga Premier,” katanya.

No comments