Header Ads

Velizar Popov Letak Jawatan Jurulatih Sisaket FC Dan Inilah Punca Beliau Meninggalkan Pasukan

Velizar Popov kembali ke Liga Perdana Thailand sebagai Pelatih Ketua Sisaket FC, selepas kali terakhir jadi jurulatih di negara ini pada tahun 2014 dengan Suphanburi FC.

Popov dipertanggungjawabkan untuk memastikan Sisaket keluar dari senarai tiga pasukan paling terbawah dalam liga perdana Thailand untuk mengelakkan jatuh liga. Selepas 6 perlawanan hanya meraih 1 kemenangan sahaja.


Walaupun masa yang singkat dan jadual yang sukar, skuad popov Sisaket FC berjaya mengumpul 15 mata pada pusingan pertama Liga Perdana Thailand T1.


Velizar Popov pengendali Sisaket letak jawatan kerana bertanggungjawab untuk pasukan hari ini. 


Selepas Sisaket FC tewas 3-0 kepada Nakhon Ratchasima pada 30 Julai, Hari ini, Popov telah meminta untuk bertemu dengan pihak pengurusan dan meminta peletakan jawatan untuk bertanggungjawab atas kerja-kerja pasukan


Dilihat buat kali terakhir ketika latihan Sisaket FC hari ini ketika Popov mengucapkan selamat tinggal kepada semua dalam pasukan. Demi Pasukan, Popov memilih untuk memutuskan pergi supaya pasukan terus hidup. Walaupun Popov sudah pergi tetapi pasukan tetap akan wujud. Semua pemain tetap kekal. Dan Pasukan lebih penting daripada pemain ataupun jurulatih. 


Popov berpisah dengan Sisaket FC dengan syarat yang baik selepas mencapai persetujuan bersama dengan pengurusan kelab meninggalkan pasukan pada 31 Julai.

Inilah kata-kata perpisahan popov melalui twitter beliau buat kepada Sisaket FC

1.) Today concludes my work with Sisaket FC. An opportunity full of lessons, beautiful experiences & unforgettable moments !

2.) I want to thank all the players & colleagues from the staff with whom I had the pleasure of working & sharing time together !

3.)Special thanks to the President & management for the opportunity & for the mutual agreement to part ways on good terms like a friends now

4.) I wish you all in Sisaket FC a future full of satisfactions, not only professionally, but also in your personal life !

5.)I really tried my best and I'm proud with everything we did together in this 5 months!

6.)Today is also the beginning of a new challenge to continue to improve & realize my ideas in football!Hopefully very soon I'll be back !!!

- Velizar Popov

Rujukan : http://www.sisaketfc.net / Twitter Popov

No comments