Header Ads

'Kali Ini, Tiada Alasan Bagi Pasukan Tidak Lepaskan Semua Pemain' - Hamidin


PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) yakin bahawa pengendali skuad Bawah-22 (B-22) negara, Datuk Ong Kim Swee tidak mempunyai masalah dalam mengumpulkan pemain untuk kem latihan persediaan ke Sukan SEA, bermula Ahad ini.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin menegaskan bahawa, pasukan kelab dan persatuan tidak mempunyai sebarang alasan untuk tidak melepaskan pemain masing-masing kerana Liga Malaysia (Liga-M) telah ditangguhkan sehingga awal September ini.

“Kali ini tiada alasan bagi pasukan untuk tidak melepaskan pemain kerana semua perlawanan liga telah diberhentikan sehingga aksi kelayakan Piala Asia 2019 antara Malaysia dan Hong Kong di Stadium Hang Jebat, Melaka pada 5 Sept.

“Jadi semua pemain yang dipanggil perlu melaporkan diri kepada Kim Swee selepas aksi terakhir liga pada Sabtu ini. Beliau akan memanggil semua pemain yang difikirkannya terbaik, termasuk enam pemain yang tidak hadir sebelum ini atas faktor ada perlawanan liga,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau latihan skuad futsal wanita Sukan SEA di Kompleks Sukan Panasonic di sini, hari ini.

Pihak Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) telah bersetuju  menangguhkan jadual Liga-M pada bulan Ogos untuk memberi laluan kepada persiapan skuad kebangsaan ke Sukan SEA selepas bersetuju dengan permohonan FAM.

Sumber : SINAR HARIAN

No comments