Header Ads

Komen Hamidin Mengenai Cadangan Vingada Kurangkan Kuota Pemain Import


Menggulas mengenai cadangan mengurangkan jumlah pemain import di Liga-M, Hamidin berkata FAM akan melihat penilaian FMLLP mengenai cadangan itu selepas musim ini berakhir sebelum membuat sebarang keputusan.

“Ia memerlukan kajian yang terperinci kerana ia mungkin boleh melemahkan tahap persaingan liga kita. Walaupun kita kurangkan kuota pemain import untuk pasukan Liga Perdana sahaja, tetapi apabila pasukan ini bermain menentang pasukan Liga Super pada aksi Piala FA atau Piala Malaysia, ia memberikan kesan kepada mereka,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan bahawa ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Nelo Vingada memberikan cadangan untuk mengurangkan kuota import Liga Perdana dari 3+1 (tiga pemain import dan satu kuota Asian) kepada 2+1 dan mewajibkan lima pemain B-23 beraksi dalam setiap perlawanan.

Dalam pada itu, Hamidin yakin bahawa skuad futsal wanita negara mempunyai peluang cerah untuk meraih sekurang-kurangnya pingat gangsa pada Sukan SEA nanti selepas membuat persiapan rapi selama tiga bulan

Sementara itu, ketua jurulatih skuad itu, Muizzuddin Haris optimis bahawa sasaran pingat gangsa mampu dicapai oleh anak buahnya berdasarkan peningkatan ketara pasukan, yang kini lebih yakin di bahagian serangan dan mengawal bola.

Kita akan menjalani kem bina semangat di Port Dickson, Negeri Sembilan dan akan mengadakan dua aksi persahabatan menentang China pada 12 dan 13 Ogos ini sebagai persiapan untuk Sukan SEA,” katanya.

Pencapaian terbaik skuad futsal wanita ialah meraih pingat gangsa di Naypyidaw pada edisi 2013, selain kedudukan tempat keempat pada Kejohanan Futsal Wanita AFC 2015. - Bernama

Sumber : SINAR HARIAN

No comments