Header Ads

BERITA BUAT PENYOKONG KEDAH FA SEBELUM MENGHADAPI UITM FC




BERITA BUAT PENYOKONG KEDAH FA SEBELUM MENGHADAPI UITM FC


1. Perlawanan Kedah FA menentang UITM FC malam ini tiada siaran langsung kerana piala malaysia media prima hanya siarkan 1 live sahaja iaitu Felda United vs PKNS (TV9), kemungkinan ada live stream di facebook atau di blog namun 50/50 bergantung situasi pada malam ini.

2. Kedudukan Kedah no.1 dalam kumpulan, Walaupun Kedah pernah menewaskan mereka dengan 5-0, kemungkinan Kedah tidak mahu leka dan pandang rendah keupayaan UITM malam ini selepas mereka berjaya menjinakkan Kelantan 2-0 tempoh hari.

3. Nidzam Adzha Yusoff tetap yakin dengan kemampuan pemain mudanya menjelang pertemuan aksi Piala Malaysia Kumpulan C menentang UiTM FC di Stadium Darul Aman, malam ini.

4. Tiga pemain muda iaitu Syafiq, Ariff dan Ifwat tidak diturunkan kerana kecederaan dan kini mereka masih belum lagi pulih 100 peratus. Status tiga pemain yang masih cedera ini belum dapat diketahui sama ada mereka boleh beraksi atau tidak, Coach Nidzam akan lihat dulu perkembangan semasa mereka

5. Amirul dijangka kembali dan Syawal yang diturunkan dalam perlawanan lalu juga kemungkinan beraksi.


6. Akhyar Rashid, Nidzam berkata, pemain berusia 18 tahun itu berjaya mempamerkan ketajaman dalam perlawanan bertemu Melaka United Sabtu lalu dengan menghasilkan gol keenam Kedah.
“Dia nampak begitu yakin dan selesa selain berjaya menunjukkan komitmen tinggi sepanjang aksi.” sumber : METRO

7. Fox Sport Asia menyenaraikan Akhyar Rasyid dari 5 pemain ASEAN mempunyai bakat besar bakal mengikut jejak langkah Chanatip ke Liga Jepun

8. Ken Ilso sudah mencapai KPI iaitu menjaringkan 20 Gol merangkumi semua kejohanan di Malaysia sekaligus pemain import ini sebaris dengan Mathieu Alves dan Ghaddar dan sudah pasti kecemerlangan Ken Ilso akan kekal musim hadapan

No comments